Friday, August 15, 2008

saiful lafaz sumpah di masjid wilayah persekutuan


di masjid wilayah persekutuan, jalan duta, jam 6.30 ptg tanggal 15.8.2008 saudara saiful yang mendakwa telah diliwat oleh anuar ibrahim telah melafazkan sumpahnya dihadapan Al-Quran dgn disaksikan oleh Imam masjid tsbt serta bbrp ulamak lain dan dihadapan wakil2 media.

Saiful lafaz sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan
15/08/2008 6:33pm

Mohd. Saiful melafazkan sumpah bersama bapanya, Azlan Lazim di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur. - Gambar Utusan
KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya bersumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pukul 6.30 petang ini.
Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd. Saiful, 23, yang berbaju Melayu coklat menghadap kiblat sebelum melafazkan sumpah berikut:
“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari ini, 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut...
"A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.
“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat. Wallahualam."
Sebelum lafaz itu, beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali diikuti bacaan surah Al-Fatihah.
Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid tersebut dan ahli keluarga Mohd. Saiful di samping para pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Antaranya ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali. – Utusan.
berikut adalah clip video saiful semasa melakukan sumpah tersebut:-

- so, siapakah yang benar? pening kepala memikirkannya. Adalah sesuatu yang amat memerit dan menyukarkan untuk membuat keputusan sebegini sekiranya tidak dipihak yang benar kerana kita semua sbg umat Islam amat arif akan akibatnya. Pada sidang akhbarnya disebuah hotel selepas itu saiful menyatakan merasa lega setelah beliau berjaya melakukan sumpah tersebut dan menjawab kebanyakan saolan wartawan bahawa beliau akan menjawab di mahkamah nanti.





1 comment:

geeGrik said...

yah, apa promo rusa rusa nih.
tapi sini ada unta ;-)