Sunday, August 24, 2008

permatamg pauh

esok tanggal 26 ogos 2008 pengundi2 di P 44 Permatang Pauh akan membuat pilihan siapakah yang akan mewakili mereka di Parlimen untuk 4 tahun akan datang.

dsai akan ditentang oleh dato' ariff shah dan terselit seorang calun lain dari AKIM. Namun begitu saya percaya ianya hanya akan merupakan pertandingan dua penjuru sahaja iaitu BN dengan PKR. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk kedua-dua parti untuk berkempen dalam usaha untuk meraih undi.

BN dengan segala jentera yang ada akan berusaha untuk merampas kembali permatang pauh yang telah 10 tahun dikuasai oleh pembangkang. PKR sudah pasti akan berusaha keras untuk mempertahankan kubu kuatnya itu.

yang pasti semoga pengundi P 44 akan membuat pilihan yang tepat dan tidak akan menyesal nanti. Semoga pilihanraya kecil ini akan berjalan dengan sempurna dan menunjukkan kematangan pengundi2nya.

No comments: