Monday, October 27, 2008

tercabar lagikah kita?

PKNS telah memecah tradisi dengan melantik Madam Low sbg Pemangku Pengurus Besarnya. Ianya telah disahkan oleh MB Selangor dengan mengatakan bahawa ianya merupakan tindakan sementara sahaja dan untuk jangkamasa 1 tahun shj.

sebelum ini ianya tidak pernah diterajui oleh orang bukan Melayu. Ketua Pemuda PAS Selangor,Sallehin Mukhyi telah mengeluarkan kenyataan meminta MB mengkaji semula rekod sebelum ini di mana tidak pernah ada sebuah agensi kerajaan negeri seperti PKNS diterajui oleh bukan Melayu.

hari ini di dada akhbar terpampang pula kenyataan oleh MCA yang meminta 30% ekuiti bumiputera di dalam syarikat-syarikat senaraian dihapuskan. Gesaan ini dibuat bagi membolehkan syarikat terus berdaya maju dan bersaing di pasaran global.

dua (2) berita ini begitu memeranjatkan saya. Ingin saya mendengar bukan keluhan tetapi pembelaan yang akan dilakukan oleh pemimpin2 Melayu baik di dalam kerajaan mau pun di luar kerajaan mengenai isu ini. Semoga mereka tidak hanya sibuk berpolitik semata-mata tetapi tolonglah lihat akan apa yang berlaku disekeliling kita.

pastinya anak2 cucu kita nanti tidak mahu kita tinggalkan sebagai pendatang dan penumpang di tanah air yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu.

sama2lah kita renungkan.

No comments: