saya sengaja memilih gambar tun mahathir dgn tok guru nik aziz sebagai pencetus tulisan saya kali ini. Saolan yang bermain di benak ketika ini ialah akan adakah kerasian antara kelompok yang mereka wakili.
kalau dahulu tun merupakan seorang PM melalui parti UMNO yang diterajuinya tetapi sekarang tidak lagi. Beliau sudah tidak lagi berada di dalam kerajaan dan juga parti yang pernah diterajuinya.
beliau kini sering dikritik bila memberikan pandangan oleh mereka yang satu masa dahulu menjadi sekutu kuatnya. Inilah lumrah alam.
mahathir dan nik aziz masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri dan mereka kagum akan kehebatan yang ada pada diri (maksud saya nik aziz kagum akan tun dan sebaliknya tun juga kagum akan tok guru).
apakah ada kemungkinana mereka berdua ini bersatu demi kebaikan negara Malaysia dan agama Islam yang kita cintai? tiada sesuatu yang mustahil rasanya. Doa saya semoga gabungan kedua insan yang tersohor ini akan menjadi kenyataan dan pastinya akan dialu-alukan oleh seluruh anak Melayu dan umat Islam di negara ini.
kepakaran mereka di dalam bidang masing2 akan menguntungkan negara pastinya. Untuk ayahnda Tun dan Tok Guru, pastinya anak2 cucu nanti akan mengenang jasa-jasa yang akan terus disumbangkan sampai bila-bila hasil dari gabungan ini (sekiranya menjadi kenyataan).
Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment