
begitulah tajuk utama beberapa akhbar harian hari ini. Baguslah kalau Raja-Raja Melayu sudah dapat merasakan bahawa hari ini telah timbul suatu gelombang di mana telah ramai yang berani mempertikai dan mempersoalkan perkara di atas.
telah wujud peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai Kontrak Sosial / Social Contract. Kenyataan akhbar diatas adalah ekoran dari mesyuarat yang berlangsung di Istana Maziah, Kuala Terengganu dan dipengerusikan oleh Sultan Kedah.
semoga selepas ini tidak akan kedengaran lagi cakap-cakap yang menyentuh perkara ini yang boleh mencuit dan mengguris perasaan sesetengah pihak.
marilah kita sama-sama merealisasikan kehidupan yang aman makmur yang telah sekian lama kita nikmati. Janganlah ada pula pihak yang lupa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Daulat Tuanku
1 comment:
patriotism nih...hehe
bgus2...
Post a Comment