Monday, October 27, 2008

tercabar lagikah kita?

PKNS telah memecah tradisi dengan melantik Madam Low sbg Pemangku Pengurus Besarnya. Ianya telah disahkan oleh MB Selangor dengan mengatakan bahawa ianya merupakan tindakan sementara sahaja dan untuk jangkamasa 1 tahun shj.

sebelum ini ianya tidak pernah diterajui oleh orang bukan Melayu. Ketua Pemuda PAS Selangor,Sallehin Mukhyi telah mengeluarkan kenyataan meminta MB mengkaji semula rekod sebelum ini di mana tidak pernah ada sebuah agensi kerajaan negeri seperti PKNS diterajui oleh bukan Melayu.

hari ini di dada akhbar terpampang pula kenyataan oleh MCA yang meminta 30% ekuiti bumiputera di dalam syarikat-syarikat senaraian dihapuskan. Gesaan ini dibuat bagi membolehkan syarikat terus berdaya maju dan bersaing di pasaran global.

dua (2) berita ini begitu memeranjatkan saya. Ingin saya mendengar bukan keluhan tetapi pembelaan yang akan dilakukan oleh pemimpin2 Melayu baik di dalam kerajaan mau pun di luar kerajaan mengenai isu ini. Semoga mereka tidak hanya sibuk berpolitik semata-mata tetapi tolonglah lihat akan apa yang berlaku disekeliling kita.

pastinya anak2 cucu kita nanti tidak mahu kita tinggalkan sebagai pendatang dan penumpang di tanah air yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu.

sama2lah kita renungkan.

Tuesday, October 21, 2008

apakah akan ada kerasian

saya sengaja memilih gambar tun mahathir dgn tok guru nik aziz sebagai pencetus tulisan saya kali ini. Saolan yang bermain di benak ketika ini ialah akan adakah kerasian antara kelompok yang mereka wakili.

kalau dahulu tun merupakan seorang PM melalui parti UMNO yang diterajuinya tetapi sekarang tidak lagi. Beliau sudah tidak lagi berada di dalam kerajaan dan juga parti yang pernah diterajuinya.

beliau kini sering dikritik bila memberikan pandangan oleh mereka yang satu masa dahulu menjadi sekutu kuatnya. Inilah lumrah alam.

mahathir dan nik aziz masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri dan mereka kagum akan kehebatan yang ada pada diri (maksud saya nik aziz kagum akan tun dan sebaliknya tun juga kagum akan tok guru).

apakah ada kemungkinana mereka berdua ini bersatu demi kebaikan negara Malaysia dan agama Islam yang kita cintai? tiada sesuatu yang mustahil rasanya. Doa saya semoga gabungan kedua insan yang tersohor ini akan menjadi kenyataan dan pastinya akan dialu-alukan oleh seluruh anak Melayu dan umat Islam di negara ini.

kepakaran mereka di dalam bidang masing2 akan menguntungkan negara pastinya. Untuk ayahnda Tun dan Tok Guru, pastinya anak2 cucu nanti akan mengenang jasa-jasa yang akan terus disumbangkan sampai bila-bila hasil dari gabungan ini (sekiranya menjadi kenyataan).

Insyaallah.

Thursday, October 16, 2008

peringatan dari majlis raja-raja

ini kali pertama Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas mengingatkan jangan sesiapa mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan termasuk Hak Istimewa orang-orang Melayu.

begitulah tajuk utama beberapa akhbar harian hari ini. Baguslah kalau Raja-Raja Melayu sudah dapat merasakan bahawa hari ini telah timbul suatu gelombang di mana telah ramai yang berani mempertikai dan mempersoalkan perkara di atas.

telah wujud peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai Kontrak Sosial / Social Contract. Kenyataan akhbar diatas adalah ekoran dari mesyuarat yang berlangsung di Istana Maziah, Kuala Terengganu dan dipengerusikan oleh Sultan Kedah.

semoga selepas ini tidak akan kedengaran lagi cakap-cakap yang menyentuh perkara ini yang boleh mencuit dan mengguris perasaan sesetengah pihak.

marilah kita sama-sama merealisasikan kehidupan yang aman makmur yang telah sekian lama kita nikmati. Janganlah ada pula pihak yang lupa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Daulat Tuanku

Sunday, October 5, 2008

Hari Raya

pagi yang ceria

enaknya


0 - 0



melayan cucu


memasang pelita




melayan tetamu di bukit gantang






one for the album


only my eldest bro not in the pic



my lonely bro dgn mak cik



isteriku memeluk erat emak sdrku (mak cik)




my only uncle




on his 63rd birth day. Moga pjg umur




menikmati hidangan dgn sdr mara di rumah mak teh



melawat mak teh (adik arwah mak) selepas ziarah kubur



it has been many years that i did not celebrate hari raya kat my kampung especially after both my parents passed away. So this year i told my wife and daughters that we are celebrating the first Raya kat my kampung. As i missed the sembahyang raya there for many years, i wanted to try to meet as many friends of mine as possible there.



we have to travelled in 2 cars as there were six of us including the maid, so my wife drove her Neo with my youngest and the maid. They depart early in the morning but i have to wait for my eldest as she still has to attend her classes . I started my hari raya journey after 6 pm and we have to break our fast in the car. Of course in my old bmw.



the same nite were spent at my in-law hse at bukit gantang. My girls seem to be enjoying their times with shakir and syafiq (cucu my bro in-law).


we were heading to gerik after zohor on the last day of puasa. Stop at Lenggong to buy some chickens as my girls were asking me to make some rendang (my speciality of course).



reached my eldedst bro hse kat kampung and started cooking as we planned to break our fast at the other bro hse.



manage to go to gerik bazaar ramadhan with my girls. Many visitors were anak2 perantau yang balik beraya macam kami.



after buka puasa and doing some takbir raya at my bro hse we went to my sister hse before proceeding to my late sister hse. Reached home at 2 am.


sembahyang raya kat kampung i was accompanied by my wife and my youngest (penuh puasanya tahun ni).



after sembahyang, ramai2 kami menziarahi kubur orang tua dan sedekahkan al-fatihah dan yasin kpd mereka. Then we started our round. All with their respective family except my 3rd bro yang solo je as his family were not with him.



i took the chances to pay a visit to my only uncle and two aunties. We were well welcomed by all of them. The pictures posted will describe them.


we were heading to my in-law hse by 4 pm on the same day (first raya) as we planned to be back to KL by the next day. A few relatives on my wife side were visited by us.


we reached BG and the same nite we manage to visit a few relatives. The atmosphere were lively as everyones were enjoying themselves.


after midnite i went to taiping to meet up with some of my old school friends including the YB Kuala Langat. We were talking about the good old days and also the dinner that we were organising for the Pak Yiew Rugby Boys this coming Fri 10 Oct.


before heading back to KL on 2nd Raya, we went to Kuala Sepetang and i did drop by at Matang Rd to say hello to the former MB of Selangor.


we reached home by 11pm and i was accompanied by my 2nd and youngest girls. They have to prepare for their coming exam which will be coming soon.


it was a meaningful and memorable Hari Raya for all of us. SELAMAT HARI RAYA and Maaf Zahir Batin.