Monday, June 9, 2008

sekolah dah mula

hari ini sekolah bagi semester baru tlh bermula dgn resminya. Anak2 dan isteriku telah dengan redha atau pun tidak menghayun langkah ke sekolah pagi tadi. Aku menghantar anak2ku ke sekolah seperti biasa manakala isteriku memandu sendiri. Semuanya 'liat' nak ke sekolah, maklumlah dah cuti selama 2 minggu. Bagi anak2ku, bermula semester ini bermakna peperiksaan mereka semakin hampir. Tumpukan perhatian kalian kepada study kerana keputusan exam nanti akan mencorakkan masa hadapan. Apak dan mak cuma dapat membantu setakat terdaya kami sahaja tetapi realitinya ia terletak di tangan kalian.

isteriku pasti akan kembali sibuk dengan tugasannya di sekolah. Disamping itu menghantar dan mengambil anak2 tuition akan menjadi routine yg wajib sehinggalah exam over. Mengenali kedua2 anakku yang akan mengambil exam tahun ini aku yakin bahawa mereka akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti. Masing2 ada kelebihan sendiri.

bagi isteriku, sudah tentu akan memberikan komitment yang tinggi terhadap kerjayanya. Itulah kekuatan yang ada padanya, tidak akan mudah mengalah walau pun kadang2 menghadapi tekanan atau stress yang amat sangat dgn tugasannya. Mungkin itulah kelebihannya, maka kerjaya perguruan menjadi pilihannya. Minatnya untuk mendidik anak2 bangsa dan menjadikan mereka insan yang berguna tidak pernah pudar dan luntur. Kadang2 aku turut terharu bila mendengar ceritanya bagaimana dia didatangi oleh bekas anak2 muridnya yang telah berjaya dan mereka tidak lokek untuk meluahkan kata2.....cikgu telah menjadikan saya manusia hari ini dan cikgu juga telah menjadi pendorong saya. Ah...betapa murninya. Terharu sekali apabila mendengarnya. ( ini semua akan mengingatkan aku kepada semua bekas2 guruku, terima kasih cikgu )

so...best of luck to both of you my dearest daughters and not to forget my lovely wife.

No comments: