Monday, May 19, 2008

mahathir keluar UMNO

malaysia dan khususnya org melayu dikejutkan dgn berita dan pengumuman tun mahathir utk keluar dr UMNO dan akan berada diluar selagi pak lah terus menjadi presidennya. Apa nak jadi? teringat akan posting saya sblm ini yg memperkatakan ttg perbalahan di kalangan pemimpin2 Melayu. Tiba2 pula dtg berita ini yg mengesahkan keresahan yg saya suarakan sebelum ini.

pasti anak2 malaysia terkejut dan terkedu dgn berita ini dan pastinya persaolan knp beliau berbuat demikian menjadi tanda tanya yg sudah tentu menjadi perbualan bukan shj dikedai kopi ttp juga di pejabat dan pastinya di coffee hse. Saya sendiri masih mencari jawapannya.

sebentar td semasa berita yg disiarkan oleh tv3 bbrp komen tlh disiarkan. Apa yg memeranjatkan saya ialah komen dari bekas timbalannya iaitu musa hitam yg menyatakan bahawa duri dalam daging tlh tiada dlm UMNO. Terkejut saya bukan krn apa krn ia dtg dari sorg yg pernah diangkat dan dikembalikan maruahnya oleh mahathir blh berkata demikian. Kemanakah hilangnya nilai2 murni pd diri musa hitam? Atau dia merasakan utk terus survive beliau perlu terus mengampu pak lah yg punya telinga ttp tidak mahu
mendengar itu? Yang punya mata ttp hanya ingin tidur shj ? itulah hakikat Duniawi yg perlu
kita akur.

pastinya ramai yg akan mengikuti jejak langkah tun mahathir ini dan saya tidak akan terperanjat sekiranya beliau menubuhkan parti baru sudah tentu akan ada ramai yg memilih utk menyertainya. Kalau nik aziz blh memberikan komen bahawa terlalu byk jasa2 tun da ideanya masih diperlukan bukan shj di malaysia ttp di dunia saya tidak nampak knp pak lah terus berdegil utk duduk di kerusi empuk itu. Mungkin terlalu byk yg akan dilepaskan sekiranya jawatannya skrg dilepaskan. (komen nik aziz td saya petik dr berita tv3 sebentar td dan dia juga membayangkan kalau mahathir masuk PAS beliau akan rasa syukur krn boleh tumpang tuahnya)

utk anak2 melayu dan malaysia yg inginkan keharmonian di dlm negara yg kita cintaiini, sama2lak kita doakan supaya keputusan tun ini adalah yg terbaik utknya dan utk negara tercinta.

sama2lah kita fikirkan. Salam

1 comment:

Mohd Nadzri Kamsin said...

Keluarnya UMNO tanda protes dan tekanan kepada kepimpinan Pak Lah.