Sunday, May 18, 2008

futsal piala yab dato' mb selangor

semalam saya berkesempatan berada di kalangan anak2 muda yang mengambil bhgn dlm pertandingan di atas anjuran sebuah agensi kerajaan di selangor. Meriah sekali wp ianya diadakan di sebuah tempat yg bukan di kota besar tp penyertaannya sgt menggalakkan. Tdpt 64 pasukan L dan 20 pasukan W yg bertanding. Hadiah yg ditawarkan agak lumayan dan mungkin ia menjadi tarikan mereka yg bertanding wp tdpt bbrp kejohanan lain pd hari yg sama. Semangat mereka saya sanjung tinggi dan ia menggambarkan anak2 muda kita kini mempunyai semangat waja.

apa yg saya ingin kongsi di sini ialah bahawa kita mempunyai ramai pemain yg berbakat dan tinggi mutunya tetapi kenapa mutu sukan negara kita bukan shj berada di takuk lama ttp saya dapati tlh menurun dgn ketara sekali. Ingatkan dapat bawa balik piala thomas tp kalah lagi. Sesuatu yg drastik perlu dilakukan dari segi approach sukan di negara kita. Jgn politikkan sukan. Biarlah persatuan di tadbir urus oleh mereka yg arif bukan ahli politik yg mengejar glamour semata2.

saya juga ahli sukan dulu dan kagum dgn semangat jurulatih2 masa dulu. Mereka tak pernah fikirkan fasal ganjaran dsb tp sentiasa berusaha utk lahirkan athlit yg berjaya. Sampai saat ini saya masih berhubung dgn mrk dan sesekali kami berjumpa dan pasti mengimbau kenangan zaman perseolahan menjadi topik utama. Kenangan di padang yg mengusik jiwa juga tak terlepas daribualankami.

baru2 ini juga saya pulang ke taiping menghadiri perjumpaan bekas murid2 asrama sekolah. Terasa muda kembali dan kenangan semasa sekolah tak habis2 kami kenang dan bualkan Indahnya zaman itu dan betapa syukurnya saya kerana masih mempunyai rakan2 yg setiap tahun akan memberikan priority kpd tarikh 1 mei di mana kami pasti berkumpul. Syukur krn kami berjaya menjadi dewasa dan berjaya dalam kehidupan kami. Semuanya kerana jasa GURU-GURU kami. Selamat Hari Guru buat semua guru-guruku. Jasa kalian tak terbalas rasanya. Semoga Allah mencucuri rhmatNya kpd kalian. Tak lupa Selamat Hari Guru buat Isteri tersayang yang juga seorang Guru. Teruskan usaha murnimu semoga anak2 bangsa akan mejadi generasi pelapis yang berguna utk Negara

bercampur2 ulasan saya tp itulah yg bermain di benak ketika ini

sampai jumpa lagi. Salam

No comments: