tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk anwar ke putrajaya. Rombongan meminang seramai 5 orang pun dah dihantar ke taiwan untuk meminang ahli parlimen BN yang berada di sana
.
samada ianya melalui pintu belakang atau apa sahaja yang dilabelkan,anwar nampaknya tidak peduli. Yang penting, harapan dan hajat untuk menjadi perdana menteri yang dikira sbg keutamaan pertama baginya selepas menjadi AP.
saya berkesempatan berbicara dgn bbrp rakan dalam pakatan rakyat, ternyata ada yang menaruh harapan yang tinggi dan ada juga yang merasakan agak mustahil untuk mencapainya.
ada juga yang mengatakan 16hb adalah cuma sebagai gimik politik, dan kalau ianya benar samalah dengan apa yang disuaraan oleh pak lah and co.
sequences peristiwa spt mana di dalam sms yang tersebar bemula dari 5hb Sept - 16hb Sept setakat ini tidak ada satupun yang menjadi kenyataan.
masih tidak terdapat seorang pun AP dari BN yang telah mengumumkan untuk beralih angin. Apa yang didengar hanyalah bahawa mereka akan beralih angin dan telah menyatakan kesediaan berbuat demikian.
rakyat termasuk saya sudah tidak sabar menunggu. Kewibawaan seorang pemimpin dan di dalam kes in sudah tentulah kewibawaan DSAI akan menjadi galang gantinya.
apa pun juga kesudahannya, sebagai rakyat Malaysia saya mendoakan akan kesejahteraan yang berterusan akan terus dinikmati oleh kita. Semoga anak cucu kita nanti tidak akan menyiram air kencing di atas kubur kita kerana marahkan tindakan kita hari ini.
fikir-fikirkanlah
No comments:
Post a Comment