PUTRAJAYA 21 Mei - Mahkamah Rayuan akan menentukan esok keputusan rayuan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Md. Raus Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop menetapkan keputusan akan dibacakan pada pukul 3.30 petang esok.
Keputusan tersebut ditangguhkan setelah mereka selesai mendengar sehingga hampir pukul 5 petang ini hujahan peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry, peguam Sulaiman Abdullah mewakili Mohammad Nizar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.
Zambry mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada 11 Mei lalu yang membenarkan semakan kehakiman Mohammad Nizar yang mencabar kesahihan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak.
Thursday, May 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment