Saturday, May 2, 2009

kehilangan seorang teman


YDP MDKL Meninggal Dunia
SHAH ALAM 1 Mei (Bernama) - Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) Mohd Ahir Zawawi meninggal dunia Jumaat akibat serangan jantung semasa kejohanan paragliding antarabangsa di Bukit Jugra, Banting.Beliau meninggal semasa dibawa dengan ambulans dari Hospital Banting ke Hospital Tengku Ampuan Rahim (HTAR) di Klang.Mohd Ahir, 56, sebelum itu dikatakan mengadu sesak nafas semasa turut melawat gerai-gerai pameran di sekitar kawasan kejohanan.Anggota Dewan Undangan Negeri Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi memberitahu, nadi Mohd Ahir didapati sudah tidak berdenyut semasa di dalam ambulans kira-kira 7.15 malam, sebelum tiba di HTAR."Setiba beliau di hospital, kakitangan hospital cuba menyelamatkannya tetapi gagal," kata Ahmad Yunus yang turut bersama Allahyarham di dalam ambulans tersebut.Penolong Pegawai Penerangan MDKL, Shahrol Nizam Khalil berkata Mohd Ahir dikatakan telah memberitahu para pegawainya bahawa beliau merasa kepanasan berikutan cuaca panas terik di majlis perasmian kejohanan yang dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor, Datuk Subahan Kamal di sebelah petang."Allahyarham kemudiannya mengalami sesak nafas semasa melawat gerai-gerai pameran kira-kira 6.00 petang, sebelum dikejarkan ke Hospital Banting dengan sebuah ambulans Jabatan Petahanan Awam Malaysia."Bagaimanapun keadaan beliau dilihat semakin kritikal menyebabkan Allahyarham terpaksa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah," katanya.Shahrol Nizam berkata Allahyarham kelihatan sihat semasa menonton pertunjukkan paragliding dan kapal terbang mainan jauh di majlis tersebut.Difahamkan jenazah Allahyarham akan dihantar ke kampungnya di Sabak Bernam untuk dikebumikan.Kejohanan paragliding tersebut yang bermula dari 30 April hingga 3 Mei ini disertai oleh 60 peserta dari 15 negara iaitu Arab Saudi, Australia, Chezchoslovakia, Filipina, Indonesia, Thailand, Jepun, Korea Selatan, Macedonia, Montenegro, Serbia, Slovenia, Switzerland, United Kingdom dan Malaysia.- Sumber diambil dari BERNAMA
- kali terakhir bersamanya ialah semasa perasmian kejohanan diatas dan aku diberitahu anginnya tak berapa baik pada petang itu.
-selepas perasmian aku pulang ke chalet di kem untuk solat asar dan maghrib. Dalam perjalanan untuk ke Bagan Lalalng aku menerima panggilan telefon mengatakan sahabatku ini sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
-bergegas bersama isteri ke hospital Ampuan Rahimah Klang untuk menziarahinya. Sempat menatap wajahnya buat kali terakhir selepas menunaikan solat jenazah di surau hospital dgn di imamkan oleh Tuan Kadhi Klang
-semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg soleh. Al-Fatihah.

No comments: