Sunday, December 20, 2009

it was her year


2009 hanya tinggal bbrp hari shj lagi dan bagi aku tahun 2009 ini adalah merupakan tahun cemerlang buat isteriku.

tahun 2009 juga merupakan tahun keputusan peperiksaan SPM anak kedua kami diketahui dan syukur beliau telah memperolehi keputusan yg cemerlang dan menyambung kegembiraan atas keputusan PMR anak bongsu kami.

isteriku adalah insan yang paling gembira sekali kerana penat lelahnya telah dibayar dgn excellent rslt oleh anak2, aku pun tumpang gembira dan mungkin lebih lagi kot.

terima kasih isteriku atas segala kesabaranmu dengan kerenah anak2, tanpa pengorbananmu tak mungkin anak2 kita akan dapat keputusan yg tlh mereka perolehi. Doamu yg tak pernah jemu dan tanpa rasa putus asa kepada Ilahi telah memberikan kita sebuah senyuman kepuasan.

kita kini sekakin hampir dan membilang hari akan pemergian anak kedua kita (dgn izin Allah) melanjutkan studynya keluar negeri dan pastinya kita akan merasa kesunyian yang amat sangat kerana dialah yang paling keletah dikalangan mereka bertiga.

kita juga sudah jarang2 ditemani mereka ke majlis2, tidak seperti waktu mereka kecil dulu yg sentiasa bersama kita ke mana shj kita pergi. Yang pastinya kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi kesunyian itu.

sebagai isteri, 2009 adalah your year. You have done well not only as a wife, a mother and not to forget as a daughter to my mum in law. Thank you very much my dear Yang.

may 2010 will be a much better year for our family, Insyaallah

No comments: