Thursday, August 6, 2009

Tujuh (7) wasiat Raja-Raja Melayu

aku tertarik dengan ingatan Raja Muda Perak, Raja Nazrin atas wasiat yang dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu yang disampaikan sebelum Duli-Duli Tuanku menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 OGOS 1957.

aku perturunkan di bawah kandungan wasiat tersebut:-
1) Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijakdan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu
2) Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama kaum lain
3)Bagi menjaga kamu dan melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman luar
4) Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negeri ini
5) Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan
6) Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu
7) Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan kepentingan sah kaumlain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

ini merupakan suatu peringatan yang dilahirkan tepat pada masanya oleh seorang anak Raja yang sayang akan rakyatnya. Ianya tepat juga pada waktunya kerana ketika ini kaum-kaum lain melalui parti politik seperti DAP begitu menunjukkan belang mereka yang sebenarnya.

kepada anak bangsaku, jangan hanya jadikan peringatan ini sebagai satu lagi lipatan sejarah

No comments: