Thursday, July 16, 2009

al-fatihah untuk mak teh Ti


tanggal 15 julai 2009 lebih kurang jam 9.30 pagi emak saudaraku, mak teh ti telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Berada disisinya ketika itu ialah pak long (suaminya) dan beberapa orang anak2nya.

aku mendapat khabar dari isteriku kerana abangku tidak dapat menghubungiku ketika itu. Berada di jugra (kem) ketika menerima berita, aku menyelesaikan kerja2 yang ada dan memberi arahan tertentu kepada pegawai2ku akan perkara yang perlu dibuat sempena perbarisan tamat latihan pada jumaat nanti.

bergegas pulang ke rumah untuk menukar kereta dan mengambil isteriku dan bergerak dalam jam 12.30 t'hari serta tiba di kampung jam 3.30 ptg. Sempat menatap wajah mak teh semasa dikapankan dan berjemaah beramai2 untuk solat sunat jenazah.

kesian mengenangkan pak long yang akan tinggal keseorangan walau pun akan ada anak cucu yang menemankan. Hiba apabila melihat pak long menggagahi diri ingin turut serta mengiringi jenazah ke kubor. Jalannya terpaksa dipimpin oleh sepupuku.

mengenali mak teh, beliau adalah salah seorang emak saudara yang sangat memanjakan anak2 saudaranya termasuk aku. Semuga roh mak teh akan ditempatkan bersama mereka yang beriman dijauhkan dari siksaan di kubor dan api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga bersama mereka yang beriman.

al-fatihah untuk mak teh ku. Kini hanya seorang sahaja emak saudaraku yang masih ada dan seorang bapa saudara. Kepada anak2 mereka, jagalah mereka dengan sebaik2nya selagi mereka masih ada hayatnya.

2 comments:

Mohamad Faizal Abdul Ralib said...

Al-Fatihah utk Tok saudaraku....

needa zainuddin said...

dik xtau pun..al-fatihah~