'MB' Nizar dan barisan EXCO selepas mesyuarat Exco pada pagi ini di kediaman resmi menteri besar di Ipoh. Mesyuarat telah putuskan 4 perkara. Tak taulah pegawai kerajaan mana yang nak ikut.
................jadi la ni negeri kelahiranku ada dua (2) orang MB. Yang mana satu nak diikut oleh rakyat ni? Seorang yang baru dilantik oleh Paduka Seri Sultan Perak pada 6 Feb 2009 dan seorang yang telah dititahkan oleh Baginda supaya meletakkan jawatan.
yang peningnya adalah rakyat jelata. Akibat kemelut politik yang berlaku baru2 ni, ini kesudahannya. Di satu pihak menganggap titah Sultan perlu ditaati dan di satu pihak lagi menganggap ianya bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
apa pun itulah keistimewaan Negara kita yang masih menjunjung sistem Raja Berpelembagaan. Kalau kita orang Melayu sendiri sudah tidak mampu untuk taat kepada Raja, apakah rakan-rakan kita akan patuh dan taat kepada Raja / Sultan?
Saya tidak berpendapat begitu...
No comments:
Post a Comment