Sunday, April 26, 2009

toksah dok "tebeng" (2)

food for taught

coretan sblm ini lahir apabila melihat permasalahan yang terdapat disekeliling. Baik dikalangan teman2 rapat mau pun keluarga terdekat.

harapan yang tersirat supaya anak2 akan membuat pilihan mereka hanya setelah memikirkan perkara ini semasak2nya. Hakikat bahawa janji-janji manis yang diberi dan ditaburkan bukanlah kayu pengukur sebenar di dalam menjamin kebahagian sebuah rumahtangga.

sedih apabila melihat keretakan yang berlaku di dalam rumahtangga keluarga terdekat. Cuma kata-kata nasihat sahaja yang mampu diberikan. Kalau berlebih nanti, bila mereka dah kembali normal kehidupannya, kita pula yang dikatakan menjadi racun atau punca kepada masalah.

pilihan pasangan dibuat oleh mereka sendiri walau pun setengahnya terdapat tentangan dari keluarga. Cinta dan kasih serta sayang tak boleh dijual beli dan tak akan ada faktor yang boleh menghalang.

tidak akan ada parents yang sanggup melihat rumahtangga anak2 mereka runtuh dan tak mungkin juga akan ada parents yang menjadi penyebab runtuhnya sebuah masjid itu.

melihat komen sorg anak sdrku dlm catatan terdahulu, peganganku turut menjadi prinsipnya. Aku yakin, semua parents juga bersetuju dengan pandangan ini.

so, toksah dok 'tebeng' lah.......

1 comment:

geeGrik said...

well said and mel kata ni kata2 pahlawan ni :-)

kami dok tahu nak kelik kapung bila. plan raya. tapi mampu merancang ja lah. tahun ke 3 ni tahap menahan diri dah dok sini ni...