Sunday, August 30, 2009

dah 9 hari ramadhan


cepatnya masa berlalu, tak terasa dah 9 hari kita menunaikan ibadah puasa sempena Ramadhan tahun ini. Aku masih kurang sihat tapi alhamdulillah masih dapat tunaikan ibadah puasa walau pun sebelah malam demam sejuk akan terus datang menyerang.

ubat? mulut dah terasa pahit sebab ubat yang dimakan, dr yeoh berikan semua yang berdose tinggi, harapanku aku akan sembuh seperti biasa secepat mungkin.

hari pertama puasa aku telah ke pasar chow kit mencari daun-daun ulam untuk buat nasi ulam. Cuma ada satu gerai shj di chow kit tu yang menjual daun nasi ulam yang sudah siap diikat, rm2 seikat.

mak mertua aku datang pada puasa ke3, nasi ulam lagi pada hari tu dan kali ni daun-daun ulamnya lebih banyak sb stok dibawa dari kampung.

puasa hari ke4 isteriku dan mertua masing2 pergi check up, wife di HUKM dan mertua di IJN. Moga mereka akan terus sihat dan dalam menjalani hari-hari yang mendatang.

selamat berpuasa untuk semua saudara seagamaku.

3 comments:

Mohamad Faizal Abdul Ralib said...

masih demam lagi ker?

hakim said...

malam lepas buka badan terus saja rasa sejuk dan berpeluh. Tak kemana sb telan ubat dan rehat jer

HJCHOT said...

kami kt n.tebal semua demam.sat g nk antar kakak ke kl