Sunday, July 26, 2009

percutian di cameron highland

mengambil kesempatan di hujung minggu tambahan pula isteriku ada lawatan kerja sekolahnya ke sana, kami sekeluarga ikut serta ke cameron highland. Bergerak dari rumah selepas solat jumaat dan menjemput anak keduaku di kyuem dalam perjalanan ke sana. Tiba di destinasi dalam jam 5.00 ptg dan menginap di honeymoon apartment di berinchang.

aktiviti sblh mlm pastinya pasar malm di sana yg terkenal dgn jualan sayur2an dan bunga2an. Tapi tak beli pun sb bukan nak balik lg esok.

sabtu aku dan anak2 ke ladang teh boh di sungai palas selepas menghantar isteri ke kump sekolahnya. Menikmati tea di puncak bukit dgn udara yg sejuk, nyaman dan segar.

balik ke apartment kerana abangku dan anak2 cucunya dah sampai. So, tambah satu apartment (3 bilik) lagi. Ptg kami ke Kea Farm, menjamu mata dgn sayur2an dan bunga2an. Malamnya sekali lagi ke pasar malam. Sesak Cemeron di hujung minggu.

pulang ikut simpang pulai dan sempat ke lpoh untuk makan nasi kandar yg terkenal di hadapan station bas lama tanjung rambutan (wanggei).

sampai rumah Ahad jam 4.00 ptg dan isteriku demam sb tak tahan cuaca sejuk kat atas sana. 2nd girl pun sama....







No comments: