Saturday, November 21, 2009

23rd anniversary

21st nov 2009 marked the 23rd years of my marriage with my lovely wife, cikgu normah. With the presence of our 3 lovely daughters we were blessed by Allah the Almighty with a happy atmospheres through out our marriage.

thanx u so much my dearest wife for being my lovely companion, my best friend and my everything all these while. Without you beside me life wouldn't be this wonderful and meaningful to me.

as i used to say to our daughters while we were having tea up there at cameron highland,you had sacrificed your life for me, i told them i won't let you down. And of course with the blessing of Allah.

without friends (close/best) around you, family is everything. You have done your best as a wife and a mother and not to forget as a daughter. If grade were to be given, i would not hesitate to give you a 10 flat. What a wonderful companion you are to me....

as all our grown up daughters are trying to produce the best out of the best, the supports and courage given by you helps a lot. You are the best place for them to discuss anythings and you have proven to be the best advisor to them.

thank you so much Yang. Loves you.

Saturday, October 24, 2009

lama menyepi

it has been months since my last posting, not only puasa dah berlalu same goes to hari raya and deepavali.

my routine is not as it used to be for the past six years where i used to have times with me, but not now. Since moving back to shah alam, i have to clock in by 8 am which i haven't done for the last six yrs. No more late nights now as i have to make sure i'm afresh the next morning.

anak bongsu juga kadang2 bising krn tiba awal ke sekolahnya as i have to time myself supaya jgn lambat sampai ke ofis.

mula menyesuaikan diri dgn suasana kerja yg tlh lama ditinggalkan tapi yang paling boring ialah a lots of meeting yg perlu aku hadiri. Belum dikira dgn acara2 rasmi dan function lain lagi. Tambah pula dgn open hse sempena raya baru ni dan skrg disambung dgn open hse deepavali.

pening kepala juga dgn kerenah lebih 300 org anak buah yg dah tentu pelbagai perangai dan masalahnya ttp syukur i managed to handle it at the moments.

terima kasih kpd semua yg memeriahkan open hse kami baru2 ni tp seperti biasa walau pun start jam 6 dan sepatutnya berakhir jam 10 mlm, our last quests balik jam 1.30 pagi. Tentu esoknya penat.

sebenarnya aku tak tau nak tulis apa, so got to go now as chelsea is leading blackburn 5 - 0 dan game pun dah nak habis.

Wednesday, September 2, 2009

I'm back

2nd sept 2009 i'm officially back to mbsa. Reported for duty this morning and had a long talk with my new boss, the mayor of Shah Alam City Council.

give the trust to look after the Enforcement Division again and thanx of course with some benefit as being promoted and also given an acting post for a higher position.

hoped i will be well received at my new place (where i used to be b4).

have to adapt to the new environement and working atmosphere and looking forward for a good relationship with my fellow subordinates and colleague.

Sunday, August 30, 2009

dah 9 hari ramadhan


cepatnya masa berlalu, tak terasa dah 9 hari kita menunaikan ibadah puasa sempena Ramadhan tahun ini. Aku masih kurang sihat tapi alhamdulillah masih dapat tunaikan ibadah puasa walau pun sebelah malam demam sejuk akan terus datang menyerang.

ubat? mulut dah terasa pahit sebab ubat yang dimakan, dr yeoh berikan semua yang berdose tinggi, harapanku aku akan sembuh seperti biasa secepat mungkin.

hari pertama puasa aku telah ke pasar chow kit mencari daun-daun ulam untuk buat nasi ulam. Cuma ada satu gerai shj di chow kit tu yang menjual daun nasi ulam yang sudah siap diikat, rm2 seikat.

mak mertua aku datang pada puasa ke3, nasi ulam lagi pada hari tu dan kali ni daun-daun ulamnya lebih banyak sb stok dibawa dari kampung.

puasa hari ke4 isteriku dan mertua masing2 pergi check up, wife di HUKM dan mertua di IJN. Moga mereka akan terus sihat dan dalam menjalani hari-hari yang mendatang.

selamat berpuasa untuk semua saudara seagamaku.

Tuesday, August 18, 2009

my happy family


takde apa yg nak tulis. Politik tanah air aku dah meluat nak ambik tau, macam2 kerenah dari both sides. So, aku postkan gambar ni sewaktu kami makan kat Mont Kiara.

Friday, August 7, 2009

kuih raya yani

milo ummph homemade cookies


nestum homemade cookies



my eldest girl is now busy making cookies to be sold for the hari raya celebration. Berminat blh tel dia.

harga untuk 50 ialah rm 20.00
harga untuk 100 ialah rm 38.00

i have tested it. Sedap. Orders have been coming in. Hurry up! Kepada sepupu2 sekalian, bantulah promotekan. Tq

ridhuan tee dibelasah, pembelaan oleh YB Zulkifli Nordin

peingatan Raja Nazrin tepat pada masanya tatkala seorang pendakwah muslim dibelasah teruk oleh ketua pemuda DAP. Di bawah diperturunkan pembelaan oleh seorang Edwardian, YB Zulkifli Nordin:-

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.
Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.
Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.
Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.
Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.
Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?
Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut). Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);
"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);
"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);
"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);
"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).
Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:
1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;
2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;
5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.
Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.
Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.
Saya dengan ini mendesak:
1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;
2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;
3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;
4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;
5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;
6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;
Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009